BESTIDE: THE BEST FROM THE BEST!!!
Hari ini 28 Januari 2021, merupakan hari cuti umum seluruh negara kerana menyambut Hari Thaipusam. Hati pun tak ada mood untuk ke mana.. lagi pun kes COVID pun masih tinggi.. Jadi #STAY SAVE #STAY HOME... KITA JAGA KITA!!!
Pukul 3.00 petang baru gerak ke Putera Perdana, Puchong menemui seorang customer untuk "blood check". Jalan tidak berapa sibuk, namun hujan telah menyebabkan kereta-kereta bergerak secara perlahan. Pukul 4.00 petang baru sampai di rumah. Dipendekkan cerita darahnya agak teruk dan punyai "highway" panjang akibat kolestrol dan ketulan gula yang mungkin akan menjadi punca penyakit diabetes (kecing manis).
Apa kah punca penyakit diabetes (kencing manis)?
Statistik pesakit kencing manis di seluruh dunia dan Malaysia.
Selepas suatu jangka masa, paras gula dalam darah yang tinggi yang terdapat dalam diabetes yang tidak dikawal, boleh menyebabkan kerosakan kepada badan, terutamanya kepada saraf dan saluran darah.
Diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi mempunyai satu persamaan – kesemua penyakit ini boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit kardiovascular (contohnya, kesakitan di bahagian dada, serangan jantung, strok).
Diabetes ialah penyakit jangka masa panjang yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel, dan dengan itu, menurunkan paras gula dalam darah.
Tanda dan gejala penyakit diabetes:
- Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
- Kabur penglihatan.
- Penyakit kulit yang berterusan.
- Luka lambat sembuh.
- Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
- Kebas kaki.
- Tanda-tanda lain termasuk:
- Dahaga.
- Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
- Letih dan lesu.
- Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
- Kelemahan otot.
- Kegatalan tanpa ruam.









Ulasan