Catatan

BESTIDE: THE BEST FROM THE BEST!!!

Imej
  Hari ini 28 Januari 2021, merupakan hari cuti umum seluruh negara kerana menyambut Hari Thaipusam. Hati pun tak ada mood untuk ke mana.. lagi pun kes COVID pun masih tinggi.. Jadi #STAY SAVE #STAY HOME... KITA JAGA KITA!!!  Pukul 3.00 petang baru gerak ke Putera Perdana, Puchong menemui seorang customer untuk " blood check ". Jalan tidak berapa sibuk, namun hujan telah menyebabkan kereta-kereta bergerak secara perlahan. Pukul 4.00 petang baru sampai di rumah. Dipendekkan cerita darahnya agak teruk dan punyai " highway" panjang akibat kolestrol dan ketulan gula yang mungkin akan menjadi punca penyakit diabetes (kecing manis). Apa kah punca penyakit diabetes (kencing manis)? Statistik pesakit kencing manis di seluruh dunia dan Malaysia. Kredit:myhealthmylife.com.my Kredit:myhealthmylife.com.my Selepas suatu jangka masa, paras gula dalam darah yang tinggi yang terdapat dalam diabetes yang tidak dikawal, boleh menyebabkan kerosakan kepada badan, terutamanya kepad

SISTEM IMUNITI BADAN LEMAH MENGUNDANG PENYAKIT

Imej
Allah SWT bersifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang menganugerahkan pelbagai nikmat kepada hamba-Nya. Namun, setiap kurniaan itu tidak mungkin dapat dihitung oleh sesiapa pun. Antara nikmat tiada ternilai harga ialah kesihatan yang membolehkan manusia menjalani kehidupan harian, melakukan kerja dan aktiviti dengan lancar. Lebih penting, ia dapat digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT dengan sempurna. Namun, manusia sering alpa kerana kesihatan yang memberikan nilai dalam hidupnya hingga tidak menghargai mahal nikmat itu, sekali gus tidak sedar ia sebahagian detik kehidupannya. Rasulullah SWT memberi peringatan mengenai kesihatan dengan bersabda: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang . (Hadith Riwayat  Bukhari) Pengalaman saya berkaitan dengan betapa kesihatan ini benar-benar penting dalam mewarnai kebahagiaan dan kesejahteraan sesebuah rumah tangga dan keluarga adalah mengenai isteri saya sendiri.  Ia mengidap penyakit

KUKUHKAN IMUN SISTEM BADAN

Imej
KUKUHKAN IMUN SISTEM BADAN PENGERTIAN KESIHATAN Apakah sebenarnya KESIHATAN ? Tentunya ramai yang mengatakan bahawa KESIHATAN  adalah " badan yang tidak ada penyakit; kuat, cergas, bertenaga dan sebagainya.. ." Pertubuhan Kesihatan Sedunia  ( WHO ) mentakrifkan perkataan sihat sebagai :  " Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit" Bagi mana-mana organisma,  kesihatan  ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar  ( input and output )  berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sa